Event

 

SARAWAK MEGA FAIR 2025: PEMBANGUNAN INDUSTRI AIR DI SARAWAK MAMPU TARIK PELABUR LUAR

16 Oct 2025 - 16 Oct 2025, Singapura
Sarawak Trade and Tourism Office (STATOS)
SARAWAK MEGA FAIR 2025: PEMBANGUNAN INDUSTRI AIR DI SARAWAK MAMPU TARIK PELABUR LUAR

Delegasi JBALB Sarawak diketuai oleh Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Sarawak Water Sdn Bhd telah menyertai pameran bersempena dengan Sarawak Mega Fair 2025 bertempat di Singapura.

Sarawak Mega Fair 2025 ialah sebuah acara besar yang dianjurkan oleh Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Trade and Tourism Office (STATOS) di Singapura. Ia bertujuan menjadi platform untuk memperkenal dan mempromosikan Sarawak — dari segi ekonomi, pelaburan, budaya, makanan dan pelancongan — kepada khalayak di Singapura dan antarabangsa.
Bagi pihak JBALB Sarawak, pameran ini menjadi ruang untuk mempromosi perkembangan pembangunan industri air di Sarawak dalam menarik minat pelabur antarabangsa membuat pelaburan di bumi kenyalang.

Perasmian acara yang penuh prestij ini telah disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak yang turut berkesempatan berkunjung ke tapak pameran kementerian dan agensinya.