PERSIDANGAN PENGURUSAN KESELAMATAN EMPANGAN BAKAL HIMPUN GOLONGAN PAKAR DAN PROFESIONAL
22 Oct 2025 - 22 Oct 2025,
JBALB HQ
Malaysia National Committee on Large Dams (MYCOLD)
PERSIDANGAN PENGURUSAN KESELAMATAN EMPANGAN BAKAL HIMPUN GOLONGAN PAKAR DAN PROFESIONAL
Pada hari ini tadi, 22 Oktober 2025 (Rabu), JBALB Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada pihak 'Malaysia National Committee on Large Dams (MYCOLD)' yang diketuai oleh Datin Prof. Ir. Dr Lariyah Mohd Sidek, selaku rakan Presiden Malaysia National Committee on Large Dams (MYCOLD).
Ketibaan rombongan disambut oleh Tuan Pengarah JBALB Sarawak, YBhg. Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan) dan Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi).
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk berkongsi mengenai Persidangan Antarabangsa '3rd International Conference on Dam Safety Management and Engineering (ICDSME2025)' yang akan diadakan pada 4 hingga 7 November 2025 bertempat di Kuching Sarawak.
Salah satu agenda persidangan ini nanti adalah lawatan teknikal ke Empangan Bengoh, justeru itu kunjungan ini juga tadi untuk memaklumkan kepada Datu Pengarah berkenaan program berkenaan sementalah Empangan Bengoh adalah di bawah seliaan JBALB Sarawak.
Persidangan ini juga nanti bakal menghimpunkan golongan professional dan pakar dari seluruh dunia untuk membincangkan agenda berkaitan isu-isu dan penyelesaian terkini termasuk amalan terbaik pengurusan keselamatan empangan.