Event

 

PREMIER SARAWAK MELAWAT TAPAK PAMERAN JBALB SARAWAK BERSEMPENA DENGAN PESTA BENAK SRI AMAN KE-22 2025

20 Sep 2025 - 20 Sep 2025, Benak Waterfront Simanggang
JBALB Sri Aman
PREMIER SARAWAK MELAWAT TAPAK PAMERAN JBALB SARAWAK BERSEMPENA DENGAN PESTA BENAK SRI AMAN KE-22 2025

JBALB Sarawak telah dijemput untuk menyertai pameran bersempena dengan Pesta Benak Sri Aman ke-22 2025 anjuran Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 19 hingga 21 September 2025 bertempat di Sri Aman Waterfront, Bandar Simanggang.

Pesta Benak merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Sarawak dan disambut bersama dengan sukan air, persembahan, dan perkhidmatan pameran dari pelbagai agensi dan kementerian.
 
Pada masa yang sama, pagi tadi JBALB Sarawak telah menerima kunjungan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak yang turut berkesempatan untuk berkunjung ke tapak pameran JBALB Sarawak.

Taklimat ringkas kepada YAB Premier berkenaan perkembangan terkini projek bekalan air Bahagian Sri Aman telah disampaikan oleh Encik Amirul Abidurrahman Jauzi Bin Suhaili selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Sri Aman.

Turut hadir bersama YAB Premier dalam lawatan tapak pameran adalah YB Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Bin Haji Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan), dan YB Puan Dayang Noorazah Awang Sohor (ADUN N.28 Lingga).