Event

 

INFRASTRUKTUR LOJI RAWATAN AIR SEBANGAN TERUS DIPERTINGKAT

13 Sep 2025 - 13 Sep 2025, Loji Rawatan Air Sebangan
JBALB Samarahan
INFRASTRUKTUR LOJI RAWATAN AIR SEBANGAN TERUS DIPERTINGKAT

Setelah selesai Majlis Perasmian Stesen Pam Penggalak Tebelu, Daerah Sebuyau yang disempurnakan oleh YB Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, pada pagi tadi (13 September 2025 - Sabtu), Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan terus melakukan lawatan mengejut ke Loji Rawatan Air Sebangan pada sebelah petang bagi melihat perkembangan terkini pengoperasian sistem perawatan air di loji berkenaan.

Beliau telah diberikan taklimat oleh Puan Jill Jackson selaku Penolong Jurutera Air Bahagian JBALB Samarahan. 

Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB adalah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), dan Encik Ir. Lau Chong Choon (Ketua Penolong Pengarah - Pelaksanaan dan Pemantauan Projek).

Lawatan ini meneruskan acara 'turun padang' tuan pengarah bagi melawat loji-loji rawatan air JBALB di seluruh Sarawak bagi meninjau sendiri keadaan loji serta  pengoperasian sistem bekalan air.