PROJEK PEMBINAAN TANGKI ARAS TINGGI TINGKATKAN SISTEM BEKALAN AIR DI SIMUNJAN
09 Sep 2025 - 09 Sep 2025,
Kampung Hijrah, Simunjan
JBALB Samarahan
PROJEK PEMBINAAN TANGKI ARAS TINGGI TINGKATKAN SISTEM BEKALAN AIR DI SIMUNJAN
Pada pagi tadi, 9 September 2025 (Selasa), satu Majlis Penyerahan Tapak Projek Tangki Aras Tinggi Simunjan, Bahagian Samarahan telah diadakan dan disempurnakan oleh YB Encik Awla bin Dris, ADUN N.25 Simunjan bertempat di Kampung Hijrah, Simunjan, Bahagian Samarahan.
Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Puan Sanuyah binti Mohamad, Pegawai Daerah Simunjan.
Sebelum sesi penyerahan projek, beliau telah diberikan taklimat mengenai status projek berkenaan yang disampaikan oleh Encik Ts. Adzahari bin Baini selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Samarahan dan seterusnya meninjau tapak bagi pembinaan projek tersebut.
Sesi penyerahan secara rasmi projek berkenaan turut dilakukan oleh Jurutera Air Bahagian Samarahan kepada kontraktor pelaksana sambil disaksikan oleh YB ADUN Simunjan.
Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak komited untuk menambahbaik sistem bekalan air serta menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di Daerah Simunjan dengan pelaksanaan Projek Pembinaan Tangki Aras Tinggi Simunjan. Projek yang kini dalam fasa pembinaan adalah sebahagian daripada Projek Bekalan Air Wilayah Serian Fasa III (Peringkat 1) dengan kos perbelanjaan sekitar RM13.9 Juta.
Projek yang dijangka siap pada suku ketiga tahun 2027 ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak menerusi pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak selaku agensi pelaksana. Skop projek ini melibatkan pembinaan tangki aras tinggi berkapasiti tiga (3) Juta Liter Sehari. Apabila projek ini siap nanti, ia akan memberi manfaat besar kepada penduduk di Daerah Simunjan terutamanya Kampung Sageng dan Kampung Hijrah.
Turut hadir bersama dalam majlis penyerahan tersebut ketua-ketua kaum masyarakat di kawasan tersebut, serta pegawai dan kakitangan JBALB yang terlibat dalam majlis penyerahan.