JBALB SARAWAK DAN JABATAN AIR NEGERI SABAH (JANS) PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK
25 Jul 2025 - 25 Jul 2025,
JBALB HQ
Jabatan Air Negeri Sabah JANS
JBALB SARAWAK DAN JABATAN AIR NEGERI SABAH (JANS) PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK
Pada petang ini tadi, 24 Julai 2025 (Khamis) pihak JBALB Sarawak diketuai oleh Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) ke Ibu Pejabat JBALB Sarawak.
Delegasi pihak JANS yang diketuai oleh Encik Tam Yin Foon, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan adalah dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Negeri Sarawak bagi memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak bekalan air Sarawak terutama JBALB Sarawak.
Sesi perkongsian informasi serta pendekatan kedua-dua agensi dalam menambah baik sistem bekalan air di negeri masing-masing telah dibincangkan bersama. Hal ini penting bagi mencari solusi serta pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu bekalan air terutama bagi kawasan yang tidak dihubungkan dengan sistem bekalan air.
Sebelum itu, sebelah pagi ini tadi juga pihak JANS telah mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Slabi dan telah diberikan taklimat oleh Puan Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan, Jurutera Air Bahagian JBALB Serian.
Semoga JBALB Sarawak dan JANS akan terus bekerjasama demi meningkatkan kecekapan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat.