Event

 

LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK ACUTE SYSTEM PUNCAK BORNEO, BAHAGIAN KUCHING

30 Apr 2025 - 30 Apr 2025, Puncak Borneo, Bengoh Dam
JBALB MUT KWB
LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK ACUTE SYSTEM PUNCAK BORNEO, BAHAGIAN KUCHING

Setelah selesai YB Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi melakukan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Slabi, Bahagian Serian pada pagi tadi (30 April 2025 - Rabu), beliau meneruskan lawatan kerja ke Projek Sistem Acute Puncak Borneo, Bahagian Kuching pada sebelah petang hari yang sama.

Beliau diiringi oleh Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Puan Ir. Rodziah binti Mohamad (Pengurus Besar Lembaga Air Kuching), dan Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi)

Turut hadir bersama YB Menteri dalam lawatan tersebut adalah YB Datuk Dr Jerip anak Susil (Timbalan Menteri Pengangkuan Sarawak - Udara dan Jalan), YB Datuk Willie anak Mongin (Ahli Parlimen P198 Puncak Borneo), YBhg. Datu Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak)

Sesi taklimat berkenaan status Projek Pembinaan "Acute System" Puncak Borneo telah disampaikan oleh Encik Ir. Ts. Awang Muhamad Ayahtullah, selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Kuching.

Seusai sesi taklimat projek, sesi penyerahan tapak projek pembinaan 'Loji Acute Water Supply Puncak Borneo' telah diadakan dan seterusnya YB Menteri serta rombongan telah dibawa ke tapak projek pembinaan 'Puncak Borneo Acute System' yang kini dalam fasa awal pembinaan.

Seusai selesai sesi taklimat dan penyerahan tapak projek, YB Menteri meneruskan lawatan ke Empangan Bengoh ('Bengoh Dam') bagi meninjau perkembangan terkini status pengoperasian empangan tersebut.

Pelaksanaan projek ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi (MUT) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah diamanahkan sebagai agensi pelaksana dalam usaha untuk menambahbaik sistem bekalan air sedia ada di kawasan Puncak Borneo dan sekitarnya.

Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak ini dijangka siap pada bulan Disember 2025. Skop projek yang merangkumi pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti enam (6) juta liter sehari (MLD), pemasangan saluran paip baharu ke paip agihan sedia ada serta pembinaan muka sauk air mentah.

Projek ini akan memberi manfaat besar kepada lebih kurang 5819 isi rumah (36,000 orang penduduk) di kawasan Puncak Borneo dan kawasan sekitarnya. Projek ini juga dilaksanakan untuk memastikan bekalan air yang mencukupi dan konsisten terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan atau cuti panjang yang mana penduduk dikawasan tinggi dan di hujung mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.