LAWATAN PENGARAH JBALB SARAWAK KE UNIMAS
11 Mar 2025 - 11 Mar 2025,
UNIMAS
UNIMAS Water Centre
LAWATAN PENGARAH JBALB SARAWAK KE UNIMAS
Pagi ini tadi delegasi JBALB Sarawak diketuai oleh Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan ke Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS. Ini merupakan lawatan balas dari pihak JBALB setelah pihak UNIMAS melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Pengarah di Ibu Pejabat JBALB Sarawak pada minggu lepas.
Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Prof Madya Ir Ts Dr Kismet Hong Ping, Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Komuniti Fakulti Kejuruteraan telah menyentuh beberapa perkara yang boleh dijadikan asas kepada satu kolaborasi di antara kedua-dua pihak.
Kolaborasi ini memberi penekanan kerjasama dalam bidang penyelidikan, inovasi teknologi, kursus dan latihan serta menyediakan kepakaran teknikal untuk menyokong JBALB dalam meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.
Dengan Kolaborasi kepakaran teknikal dari JBALB dan pengetahuan akademik UNIMAS, kedua-dua pihak yakin bahawa kolaborasi ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak serta mempercepatkan pencapaian matlamat pembangunan lestari dalam sektor air.
Turut serta dalam sesi perbincangan ini adalah Prof. Madya Dr. Noraziah Abd Wahab,
Penolong Naib Canselor (jaringan industri, komuniti & sustainability), Dr Rosmina Ahmad Bustami,
Pengarah UNIMAS Water Centre, dan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Timbalan Pengarah Operasi JBALB Sarawak.
Delegesi JBALB Sarawak selepas itu turut dibawa melawat ke beberapa makmal penyelidikan di Fakulti Kejuruteraan.