Event

 

KUNJUNGAN HORMAT OLEH UITM SARAWAK KE ATAS PENGARAH JABATAN BEKALAN AIR LUAR BANDAR (JBALB) SARAWAK

07 Jun 2024 - 07 Jun 2024, JBALB Command Centre
JBALB UiTM
KUNJUNGAN HORMAT OLEH UITM SARAWAK KE ATAS PENGARAH JABATAN BEKALAN AIR LUAR BANDAR (JBALB) SARAWAK

Pada pagi tadi 7 Jun 2024, rombongan daripada UITM Sarawak yang diketuai oleh Professor Madya Ir Dr Juferi Idris, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) telah melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat JBALB Sarawak.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Tuan Pengarah JBALB bersama barisan Pengurusan Tertinggi JBALB Sarawak.
Turut hadir bersama adalah Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi) dan Encik Thomas Lucas Santang, Timbalan Pengarah (Pembangunan)

Tujuan kunjungan hormat diadakan adalah untuk memperkenalkan kepakaran penyelidik dari UiTM Sarawak berkaitan sumber air; membincangkan peluang kolaborasi bersama JBALB melalui latihan dan perundingan. Pada masa yang sama, mempromosikan program siswazah dan lepasan siswazah di UiTM Sarawak.

Selepas selesai sesi kunjungan hormat tersebut, rombongan UiTM telah dibawa melawat ke JBALB Command Centre untuk melihat pemantauan sistem pendigitalan bekalan air di seluruh Sarawak.