MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA MESYUARAT KEDUA PENGGAL KE-5 DUN SARAWAK KE-19: JBALB TURUT HADIR DALAM MERAIKAN KOMITMEN DAN KERJASAMA
Posted on 20 Oct 2026
MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA MESYUARAT KEDUA PENGGAL KE-5 DUN SARAWAK KE-19: JBALB TURUT HADIR DALAM MERAIKAN KOMITMEN DAN KERJASAMA


Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah dijemput untuk memeriahkan Majlis Penghargaan anjuran Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) sempena Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 Tahun 2026 pada 20 Oktober 2026 (Selasa) bertempat di The Waterfront Hotel Kuching.
Majlis tersebut turut disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen, kerjasama dan dedikasi seluruh warga kementerian serta agensi di bawahnya dalam menjayakan persiapan dan urusan sepanjang persidangan DUN Sarawak.
Di samping itu, majlis tersebut turut diserikan dengan penghargaan kepada Kontinjen Perbarisan daripada agensi di bawah MUT yang telah menyertai Istiadat Perbarisan dan Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 10 Oktober 2026.
Selepas itu, penyerahan memento penghargaan kepada Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak turut disampaikan oleh YB Menteri.
Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah; Ir. Ts. Dianne Andrew Jo, Timbalan Pengarah (Pengurusan); Ir. Ts. Kueh Li Li, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknikal); serta pegawai dan kakitangan daripada kementerian dan agensi di bawah seliaan.
#MajlisPenghargaan #DUNSarawak #MUT #KontinjenJBALB #DewanUndanganNegeriSarawakke19 #JBALB #JBALBBoleh