JBALB SARAWAK PERKUKUH PERBINCANGAN PEMBANGUNAN PROJEK BEKALAN AIR DI DUN N.77 TELANG USAN
Posted on 19 Oct 2026
JBALB SARAWAK PERKUKUH PERBINCANGAN PEMBANGUNAN PROJEK BEKALAN AIR DI DUN N.77 TELANG USAN


Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah mengadakan satu Mesyuarat Pembangunan Projek Bekalan Air di Kawasan DUN N.77 Telang Usan yang berlangsung pada petang tadi, 19 Oktober 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat JBALB Command Centre
Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh YB Dato Dennis Ngau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN N.77 Telang Usan, memberi tumpuan kepada perkembangan pelaksanaan projek, keperluan infrastruktur serta usaha penambahbaikan sistem bekalan air di kawasan Telang Usan bagi memastikan penduduk luar bandar mendapat akses kepada bekalan air terawat yang selamat, bersih dan berterusan.
Turut hadir bersama ialah Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak; Ir. Ts. Fadil bin Kawi (Ketua Penolong Pengarah Projek Sistem Bekalan Air Alternatif) serta pegawai-pegawai JBALB Sarawak yang terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan sistem bekalan air
JBALB Sarawak komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama wakil rakyat dalam memastikan pembangunan infrastruktur bekalan air luar bandar dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat.
#TelangUsan #ADUNTelangUsan #JBALBTelangUsan #SistemBekalanAirAlternatif #SAWAS