Announcement

 

JBALB SARAWAK SERTAI BENGKEL PENYELARASAN PENYERAHAN PERANAN AGENSI PELAKSANA PROJEK BALB SABAH DAN SARAWAK

Posted on 15 Oct 2026
JBALB SARAWAK SERTAI BENGKEL PENYELARASAN PENYERAHAN PERANAN AGENSI PELAKSANA PROJEK BALB SABAH DAN SARAWAK



Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah menyertai Bengkel Penyelarasan Penyerahan Peranan Agensi Pelaksana Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah dan Sarawak anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 12 hingga 15 Oktober 2026 di Kota Kinabalu, Sabah.

Bengkel ini turut disertai oleh wakil pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JBALB Sarawak sebagai platform penyelarasan serta perbincangan berkaitan penyerahan peranan dan tanggungjawab agensi pelaksana projek BALB.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan JBALB Sarawak dalam memperkukuh kerjasama antara agensi ke arah pelaksanaan projek bekalan air luar bandar yang lebih cekap, terancang dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat luar bandar.

#KKDW #BengkelPenyelarasanPenyerahan #BALB #JBALB