Announcement

 

KESELAMATAN DIUTAMAKAN : WARGA JBALB DIPERKASA DENGAN KEMAHIRAN FIRST AID & AED

Posted on 13 Oct 2026
KESELAMATAN DIUTAMAKAN : WARGA JBALB DIPERKASA DENGAN KEMAHIRAN FIRST AID & AED

aed
aed


Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak anjuran Cawangan Pematuhan Ibu Pejabat JBALB telah menganjurkan satu kursus 'First Aider' dan 'Automated External Defibrillator' (AED) selama 2 hari bermula 12 hingga 13 Oktober 2026 bertempat di The Waterfront Hotel Kuching.

Kursus ini melibatkan kakitangan daripada pelbagai cawangan dan seksyen di Ibu Pejabat JBALB Sarawak.

Sepanjang kursus tersebut berlangsung , para peserta turut menjalani latihan praktikal Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), penggunaan AED dan teknik bantuan kecemasan sebagai persediaan memberikan tindakan awal sebelum bantuan perubatan tiba.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan di tempat kerja dan dalam kehidupan seharian demi membantu menyelamatkan nyawa.

#FirstAider #JBALBSafety #SafetyIsAPriority #AED