Announcement

 

KONTINJEN JBALB SARAWAK KEKAL UNGGUL! RANGKUL NAIB JOHAN ISTIADAT PERBARISAN DAN RAPAT RAKSASA SEMPENA SAMBUTAN HARI LAHIR TYT SARAWAK YANG KE-80!

Posted on 10 Oct 2026
KONTINJEN JBALB SARAWAK KEKAL UNGGUL! RANGKUL NAIB JOHAN ISTIADAT PERBARISAN DAN RAPAT RAKSASA SEMPENA SAMBUTAN HARI LAHIR TYT SARAWAK YANG KE-80!

kawad
unggul


Syabas dan tahniah kepada Kontinjen Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak atas kejayaan meraih NAIB JOHAN bagi kategori Jabatan dalam Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Yang Ke-80 Tahun 2026, bertempat di Padang Merdeka, Kuching yang berlangsung pada hari ini, 10 Oktober 2026 (Sabtu).

Pasukan kawad yang dipimpin oleh Ts. Fadzren bin Hipni dan disertai seramai 34 orang meliputi kakitangan daripada Ibu Pejabat JBALB, JBALB Bahagian Kuching dan JBALB Bahagian Samarahan telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh latihan diadakan.

Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak yang turut hadir bersama dalam memberi sokongan padu kepada kontinjen JBALB pada hari ini.

Kejayaan membanggakan ini mencerminkan semangat berpasukan, disiplin, komitmen serta kesungguhan seluruh anggota kontinjen JBALB Sarawak dalam memberikan persembahan terbaik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua anggota kontinjen, jurulatih serta urusetia yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang persiapan sehingga mencapai kejayaan ini.

#istiadatperbarisandanrapatraksasa #naibjohan #kontinjenJBALB #JBALBBoleh #sambutanharilahirke80 #tuanyangterutamayangdipertuanegerisarawak