Announcement

 

KONTINJEN JBALB SARAWAK BERSIAP SIAGA DALAM ISTIADAT PERBARISAN DAN RAPAT RAKSASA SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR TYT SARAWAK 2026

Posted on 08 Oct 2026
KONTINJEN JBALB SARAWAK BERSIAP SIAGA DALAM ISTIADAT PERBARISAN DAN RAPAT RAKSASA SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR TYT SARAWAK 2026

sa
sa


Kontinjen Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak hari ini telah menyertai Raptai Penuh Istiadat Perbarisan dan Raksasa sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Padang Merdeka, Kuching.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak, yang berkesempatan turun padang bertemu anggota kontinjen JBALB serta menyampaikan kata-kata semangat dan suntikan motivasi menjelang hari perbarisan sebenar.

Penyertaan ini mencerminkan semangat berpasukan, disiplin dan komitmen tinggi warga JBALB Sarawak dalam menjayakan sambutan penuh istiadat tersebut