ISU BEKALAN AIR KRIAN DIBERI PERHATIAN: JBALB & YB ADUN N.39 KRIAN BINCANG LANGKAH PENAMBAHBAIKAN
Posted on 07 Oct 2026
ISU BEKALAN AIR KRIAN DIBERI PERHATIAN: JBALB & YB ADUN N.39 KRIAN BINCANG LANGKAH PENAMBAHBAIKAN


Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi), JBALB Sarawak hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YB Encik Friday anak Belik, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN N.39 Krian berlangsung di Ibu Pejabat JBALB Sarawak.
Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat ialah Ir. Lau Chong Choon (Ketua Penolong Pengarah - Pembangunan Projek Negeri), Encik Andres Inchatekoster Anyap (Jurutera Air Bahagian Betong), serta pegawai-pegawai JBALB.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan usaha penambahbaikan sistem bekalan air serta keperluan dan isu berkaitan bekalan air di kawasan Krian, Bahagian Betong.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta membincangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan bekalan air demi manfaat penduduk setempat.
Rakan Jbalb Bahagian Betong
#Krian #JBALB #JBALBBetong #JBALBKrian #ADUNKrian