SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 DARIPADA JBALB SARAWAK
Posted on 16 Sep 2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 DARIPADA JBALB SARAWAK

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak merakamkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak.
Hari Malaysia mengingatkan kita akan sebuah perjalanan yang dibina atas semangat perpaduan, kebersamaan dan saling menghormati. Kepelbagaian budaya, kaum dan latar belakang menjadi kekuatan yang terus menyatukan kita sebagai sebuah negara.
Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan dalam penyampaian bekalan air kepada masyarakat luar bandar Sarawak, JBALB Sarawak akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat serta menyumbang kepada pembangunan Sarawak dan Malaysia.
#harimalaysia #MalaysiaMadani