SALAM TAKZIAH | PEMERGIAN WARGA KERJA JBALB SARAWAK
Posted on 16 Sep 2026

SALAM TAKZIAH | PEMERGIAN WARGA KERJA JBALB SARAWAK
Dengan penuh rasa dukacita, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak merakamkan ucapan takziah atas pemergian mendiang Encik Cairol Ngilo, Penolong Jurutera, JBALB Bahagian Limbang yang telah meninggal dunia pada 16 September 2026 (Rabu).
Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan buat seluruh warga JBALB Sarawak. Segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang bersama jabatan akan sentiasa dikenang dan dihargai.
Salam takziah dan simpati yang mendalam diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.
Takziah daripada Pemangku Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak.
Rakan JBALB Bahagian Limbang
#JBALBSarawak #SalamTakziah #DalamKenangan