JBALB SARAWAK PERKUKUH JARINGAN PROFESIONAL DI PERSIDANGAN FEIAP 2026
Posted on 03 Sep 2026
JBALB SARAWAK PERKUKUH JARINGAN PROFESIONAL DI PERSIDANGAN FEIAP 2026

Delegasi daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) yang diketuai oleh Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da’adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak, telah menghadiri Persidangan Federation of Engineering Institutions of Asia and the Pacific (FEIAP) 2026 yang berlangsung hari ini di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Penyertaan ini mencerminkan komitmen JBALB Sarawak dalam memperkukuh jaringan profesional, perkongsian pengetahuan serta hubungan strategik bersama komuniti kejuruteraan di peringkat serantau.
Persidangan yang berlangsung dari 2 hingga 4 September 2026 ini turut membuka ruang kepada JBALB untuk mendapatkan pendedahan terhadap perkembangan teknologi, inovasi dan amalan terbaik dalam bidang kejuruteraan, khususnya yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan air dan pembangunan infrastruktur luar bandar.
#FEIAP2026 #FEIAP #JBALB #IEM