TIGA WARGA JBALB SARAWAK DIIKTIRAF DENGAN PINGAT KEBESARAN NEGERI SARAWAK
Posted on 27 Aug 2026
TIGA WARGA JBALB SARAWAK DIIKTIRAF DENGAN PINGAT KEBESARAN NEGERI SARAWAK


Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak kepada tiga (3) penerima daripada Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian Samarahan.
Pengurniaan tersebut dimulakan dengan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak (P.B.K.) - Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) yang dianugerahkan kepada Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal). Seterusnya, bagi pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam – Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) dianugerahkan kepada Puan Rozeyani binti Ismuni (Penolong Pegawai Tadbir - Pengurusan Sumber Manusia) dan Encik Sanda anak Maja (kakitangan daripada JBALB Bahagian Samarahan)
Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sarawak bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Sarawak, pagi ini.
Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah - Operasi).
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan atas dedikasi, komitmen dan sumbangan cemerlang yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan awam serta kepada pembangunan dan kemajuan Negeri Sarawak.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima.