PENYERTAAN JBALB SARAWAK DALAM LIBAT URUS MUT 2026: MEMPERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DEMI RAKYAT
Posted on 13 Aug 2026
PENYERTAAN JBALB SARAWAK DALAM LIBAT URUS MUT 2026: MEMPERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DEMI RAKYAT


Program Libat Urus Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2026 diteruskan hari ini bagi Zon Tengah yang melibatkan Bahagian Sibu, Sarikei, Mukah dan Kapit serta Zon Utara yang melibatkan Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang, bertempat di Imperial Hotel Kuching.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) telah menyertai program tersebut anjuran Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) sejak bermula pada hari pertama, 11 Ogos 2026 yang lalu untuk Zon Selatan (Kuching, Serian, Sri Aman, Betong), turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, Setiausaha-Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak serta wakil Pejabat Residen.
Program yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, menghimpunkan wakil-wakil daripada pelbagai agensi utiliti bagi berkongsi perkembangan, memperjelas isu serta mendapatkan maklum balas secara terus daripada para peserta.
Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) yang mewakili Pengarah JBALB Sarawak telah menyampaikan taklimat berkaitan bekalan air, dan turut disusuli dengan sesi soal jawab, membuka ruang interaksi dua hala bagi membincangkan perkara berkaitan penyampaian perkhidmatan bekalan air.
Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah barisan pengurusan tertinggi JBALB serta Jurutera-Jurutera Air Bahagian daripada Zon Tengah dan Zon Utara.
Bagi JBALB Sarawak, sesi libat urus seperti ini merupakan platform penting untuk mendengar, memahami dan bertindak terhadap keperluan serta maklum balas di lapangan, selaras dengan komitmen berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan bekalan air kepada rakyat Sarawak.
JBALB Sarawak kekal komited untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, berkesan dan responsif demi rakyat Sarawak.
#libaturus #MUT #libaturusutiliti #jbalbsarawak