KITAK TAUK SIK? TINDAKAN JBALB PADA MUSIM CUACA PANAS & KEMARAU
Posted on 12 Aug 2026
KITAK TAUK SIK? TINDAKAN JBALB PADA MUSIM CUACA PANAS & KEMARAU

Musim cuaca panas dan kemarau yang sedang melanda di seluruh negeri Sarawak dan negara boleh memberi cabaran kepada bekalan air. Namun, kami di Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sentiasa bersiap siaga bagi memastikan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat terus diperkukuh.
Antara tindakan yang dilaksanakan termasuk:
- Lori tangki bersiap sedia di setiap JBALB Bahagian bagi membantu keperluan bekalan air.
- Pasukan JBALB bersiap siaga melaksanakan kerja-kerja pembaikan di setiap bahagian.
- Pemantauan rapi terhadap loji rawatan air serta sistem agihan sebagai langkah proaktif.
- Pewujudan pusat “Centralized Water Collection Centres” bagi memudahkan akses kepada bekalan air ketika diperlukan.
Ada gangguan bekalan air di kawasan anda?
Hubungi Pusat Panggilan JBALB Call Centre di talian 082-262211 untuk mendapatkan bantuan dan membuat aduan berkaitan gangguan bekalan air atau paip bocor/pecah.
Bersama kita gunakan air secara berhemah. Setiap titisan air amat bermakna.
#kitaktauksik #usahakami #tindakanjbalb #musimkemarau