TIMBALAN PREMIER SARAWAK TINJAU OPERASI LOJI RAWATAN AIR TRUSAN, LAWAS
Posted on 06 Aug 2026
TIMBALAN PREMIER SARAWAK TINJAU OPERASI LOJI RAWATAN AIR TRUSAN, LAWAS


YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Trusan, Lawas pada hari ini, 6 Ogos 2026 (Khamis).
Turut mengiringi beliau ialah YB Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan YB Datuk Henry Sum Agung, Ahli Parlimen P.222 Lawas.
Hadir sama mewakili Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak ialah Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) JBALB Sarawak.
Dalam lawatan tersebut, Ts. Ahmad Hafidzur Rahman bin Ahmad Nidhom, Jurutera Air Bahagian Limbang, telah menyampaikan taklimat mengenai status semasa pengoperasian loji tersebut.
YB Timbalan Premier Sarawak bersama rombongan turut mengadakan tinjauan ke kawasan intake loji bagi melihat sendiri keadaan semasa kemudahan tersebut. Lawatan itu turut menjadi platform untuk membincangkan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang terhadap isu yang dihadapi di kawasan 'intake', di samping berkongsi perkembangan terkini bersama wakil-wakil ketua masyarakat yang hadir.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan sistem bekalan air luar bandar sentiasa berada pada tahap yang cekap, mampan dan mampu memenuhi keperluan rakyat.