NOTIS MAKLUMAN JBALB: GANGGUAN BEKALAN AIR (TEKANAN RENDAH) DI ENGKELILI
Posted on 01 Aug 2026

NOTIS MAKLUMAN JBALB: GANGGUAN BEKALAN AIR (TEKANAN RENDAH) DI ENGKELILI
Punca: Paras air mentah di Muka Sauk Loji Rawatan Air Engkelili berada pada paras rendah.
Kawasan Terjejas:
Seluruh kawasan Engkelili , Selindung, Memaloi, Sedarat, Jelukong dan kawasan berbukit/tinggi.
Pelan Tindakan JBALB:
1. Kerja Kecemasan : Memasang Sandbag untuk meningkatkan paras air di muka sauk.
2. Bantuan Lori Tangki: Penghantaran air bersih secara berperingkat sedang diaturkan ke kawasan terjejas.
Saranan Pengguna:
* Simpan bekalan air secukupnya apabila menerima aliran air (terutama pada waktu malam/luar puncak).
* Gunakan air secara berhemat dan elakkan pembaziran sepanjang tempoh kemarau ini.
Hubungi Kami:
Untuk bantuan kecemasan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211.
Sila sebarkan kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang lain. Pihak JBALB memohon maaf atas segala kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda.