Announcement

 

PENGIKTIRAFAN BUAT WARGA JBALB Ts. HAJI TAMIDA DA'ADI TERIMA DARJAH PEGAWAI BINTANG KENYALANG (P.B.K.)

Posted on 28 Jul 2026
PENGIKTIRAFAN BUAT WARGA JBALB Ts. HAJI TAMIDA DA'ADI TERIMA DARJAH PEGAWAI BINTANG KENYALANG (P.B.K.)


tamidapbk

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, atas penganugerahan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak – Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Pengurniaan tersebut telah disempurnakan bersempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak pada hari ini.

Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berdedikasi dalam memacu pembangunan serta penyampaian perkhidmatan bekalan air luar bandar demi kesejahteraan rakyat Sarawak. Sekalung tahniah dan syabas!