Announcement

 

JBALB SARAWAK DAN RECODA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK UNTUK MASA DEPAN SAMALAJU

Posted on 11 Jun 2026
JBALB SARAWAK DAN RECODA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK UNTUK MASA DEPAN SAMALAJU

recoda
recoda


Seusai Tuan Pengarah JBALB Sarawak Ts. Ahmad Selihin bin Che Said menghadiri 'Majlis Pelancaran Sarawak Transitioning Industrial Cluster: Malaysia’s First World Economic Forum (WEF)' pada 11 Jun 2026, beliau turut telah menerima kunjungan hormat pada sebelah petang daripada pihak pengurusan Regional Corridor Development Authority (RECODA) yang diketuai oleh Tuan Ir. Ts. Haji Mohammad Safri bin Haji Ibrahim, Pengarah Pengurusan Projek RECODA, bertempat di Ibu Pejabat JBALB Sarawak.

Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Projek Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) untuk Bekalan Air Samalaju Fasa 2 (Peringkat 1) di Bahagian Bintulu, yang merupakan antara projek strategik dalam menyokong pembangunan perindustrian dan pertumbuhan ekonomi negeri.

Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB Sarawak ialah Encik Ts. Haji Tamida bin Da'adi (Timbalan Pengarah – Pembangunan), Encik Ir. Ts. Robert Heng Wei Kiong (Ketua Penolong Pengarah – Pembangunan Strategik), dan Puan Ts. Sally Tang Nga Lin (Ketua Penolong Pengarah – Pembangunan Projek Khas).

Pertemuan tersebut menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, menyelaras tindakan serta membincangkan perkembangan semasa dan hala tuju projek berkenaan. Perbincangan yang konstruktif ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan memenuhi keperluan pembangunan kawasan Samalaju yang semakin pesat.

Melalui kerjasama strategik antara JBALB Sarawak dan RECODA, usaha memperkukuh infrastruktur bekalan air akan terus diperkasakan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air yang mampan, berkualiti dan berdaya harap kepada komuniti serta sektor perindustrian di kawasan berkenaan.

Regional Corridor Development Authority