Announcement

 

MAKMAL KAJIAN NILAI (MAKMAL VA) PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB) - BAHAGIAN SARIKEI DAN BAHAGIAN MIRI

Posted on 15 May 2026
MAKMAL KAJIAN NILAI (MAKMAL VA) PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB) - BAHAGIAN SARIKEI DAN BAHAGIAN MIRI

vasarikei
vamiri​​​​​​


JBALB Sarawak telah menyertai Lawatan Tapak dan Makmal Kajian Nilai (Makmal VA) bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang melibatkan kawasan Tinjar Fasa III di Bahagian Miri serta kawasan Lemujan, Wak dan Pedanum di Daerah Pakan, Bahagian Sarikei.

Lawatan tapak dan sesi makmal ini dilaksanakan dengan penglibatan Kementerian Ekonomi selaku fasilitator dan penyelaras pelaksanaan Makmal Kajian Nilai, bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), pihak perunding serta agensi-agensi berkaitan.

Program tersebut telah berlangsung selama lima (5) hari bermula 11 Mei 2026 hingga 15 Mei 2026. Lawatan tapak bagi Projek Tinjar Fasa III bermula di Tapak Tangki Aras Tinggi Tinjar, Miri manakala lawatan bagi Projek Lemujan, Wak dan Pedanum bermula di Stesen Pam Penggalak Pakan, Sarikei.

Sesi Makmal Kajian Nilai bagi kedua-dua projek tersebut kemudiannya telah diadakan secara berasingan bermula 12 hingga 15 Mei 2026 di Pullman Miri Waterfront Hotel. Makmal ini melibatkan penyelarasan skop projek, penelitian aspek teknikal serta cadangan penambahbaikan nilai kejuruteraan bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan lebih efektif, mampan dan memberi manfaat optimum kepada penduduk luar bandar.

Makmal ini turut menjadi platform perbincangan strategik antara agensi dan pihak berkepentingan dalam mengenal pasti cabaran pelaksanaan serta memperincikan pendekatan terbaik demi memastikan penyampaian projek yang lebih cekap dan berimpak tinggi.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Kementerian Ekonomi
Rakan JBALB Bahagian Sarikei
Rakan JBALB Miri Division