PENGARAH JBALB SARAWAK SERTAI LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK PENAIKTARAFAN LOJI RAWATAN AIR SALIM
Posted on 05 May 2026
PENGARAH JBALB SARAWAK SERTAI LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK PENAIKTARAFAN LOJI RAWATAN AIR SALIM


Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ts. Ahmad Selihin bin Che Said serta rombongan hari ini, 5 Mei 2026 (Selasa) telah dijemput untuk menyertai lawatan kerja rasmi bersama YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Salim, Bahagian Sibu.
Turut hadir bersama YB Menteri adalah YB Dato Sri Wong Soon Koh (ADUN N53 Bawang Assan), YBrs. Tuan Haji Abang Mohamad Porkan bin Haji Abang Budiman (Residen Bahagian Sibu), Puan Malseni binti Jamal (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn Bhd), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah JBALB - Khidmat Teknikal), ketua kaum/ketua masyarakat di kawasan tersebut, pegawai dan kakitangan Kementerian MUT, JBALB, dan Sarawak Water yang terlibat dalam program tersebut.
Projek berimpak tinggi ini dilaksanakan oleh Sarawak Water Sdn Bhd sebagai agensi pelaksana yang merangkumi pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 150 Juta Liter Sehari (JLS), pembangunan kemudahan air mentah baharu, pemasangan paip baharu serta kerja-kerja menaiktaraf komponen sedia ada loji.
Apabila siap projek nanti, loji tersebut bakal meningkatkan kapasiti kepada 300 Juta Liter Sehari (JLS), sekali gus memperkukuh bekalan air terawat untuk penduduk di Sibu, Kanowit, Selangau, Maradong dan Rassau.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih efisien, responsif dan mampan demi kesejahteraan rakyat.