SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026 DARIPADA JBALB SARAWAK
Posted on 01 May 2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026 DARIPADA JBALB SARAWAK

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB).
Setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, dedikasi dan pengorbanan semua warga kerja termasuk para petugas di lapangan yang sentiasa memastikan bekalan air yang baik dapat disalurkan secara efisien, responsif dan berkesan kepada masyarakat.
Sesungguhnya, setiap usaha dan sumbangan menjadi tunjang kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan Sarawak yang berterusan.
“Pekerja Madani, Kesuma Bangsa”