Announcement

 

SANTUNI MESRA PENGARAH JBALB SARAWAK KEPADA KOMUNITI SEBANGAN

Posted on 30 Apr 2026
SANTUNI MESRA PENGARAH JBALB SARAWAK KEPADA KOMUNITI SEBANGAN

sampat


Seusai lawatan ke Projek Pembinaan Acute System Sebangan, Samarahan bersama YB Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada pagi tadi, Tuan Pengarah JBALB Sarawak telah meluangkan masa mengadakan kunjungan mesra ke atas Ketua Kampung KK Tuan Haji Matasan dari Kampung Sampat, Sebangan.

Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB adalah Encik Ts. Adzahari bin Baini, Jurutera Air JBALB Bahagian Samarahan.

Kunjungan ini bertujuan untuk menyantuni pemimpin masyarakat setempat selain bertanya khabar dan meninjau keadaan semasa komuniti. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen JBALB dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memastikan keperluan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, sentiasa diberi perhatian.

Melalui pendekatan turun padang ini, JBALB terus komited dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih efisien, responsif dan berkesan demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

​​​​​​​