SALAM TAKZIAH ENCIK JAPANG ANAK EMPAGA
Posted on 27 Apr 2026
SALAM TAKZIAH ENCIK JAPANG ANAK EMPAGA

Seluruh warga kerja JBALB Sarawak menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Mendiang Encik Japang anak Empaga, kakitangan di Stesen Pam Penggalak Pandan JBALB Bahagian Bintulu yang telah meninggal dunia pada pagi ini, 27 April 2026 (Isnin).
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat jabatan. Jasa, komitmen dan dedikasi beliau akan sentiasa dikenang.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.
Segala sumbangan besar beliau kepada JBALB Sarawak akan terus dihargai dan diabadikan.