PENGARAH JBALB MELAWAT PAMERAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 DI MIRI
Posted on 24 Apr 2026
PENGARAH JBALB MELAWAT PAMERAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 DI MIRI


Pengarah JBALB, Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said hari ini berkesempatan untuk berkunjung ke pameran utama bersempena dengan Program Sarawakku Sayang 2026 yang berlangsung di Stadium Miri selama tiga (3) hari bermula 24 hingga 26 April 2026.
Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk meninjau pelbagai inisiatif pembangunan negeri yang dipamerkan oleh agensi-agensi kerajaan serta rakan strategik, khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur, tenaga dan kesejahteraan komuniti yang mengutamakan rakyat.
Turut hadir bersama Pengarah ialah Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Timbalan Pengarah Pengurusan) dan Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal).
Program seperti ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang mengutamakan rakyat demi kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.