LAWATAN TEKNIKAL DELEGASI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA BAGI PROJEK SEMPADAN SARAWAK - PEMBEKALAN AIR TERAWAT DI KAMPUNG SAPIT
Posted on 23 Apr 2026
LAWATAN TEKNIKAL DELEGASI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA BAGI PROJEK SEMPADAN SARAWAK - PEMBEKALAN AIR TERAWAT DI KAMPUNG SAPIT


Satu lawatan teknikal oleh delegasi daripada Majlis Keselamatan Negara telah diadakan pada 9 April 2026 (Khamis) di Kampung Sapit, Padawan bagi meninjau pelaksanaan projek pembekalan air terawat di kawasan sempadan Sarawak.
Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Mohd Badrie bin Abdul Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Sempadan Darat, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama Encik Mohammad Haffizie bin Putit, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Sarawak serta pegawai-pegawai kanan yang lain.
Sepanjang lawatan, sesi taklimat berkaitan pelaksanaan projek telah disampaikan oleh pihak JBALB di tapak bagi memberikan gambaran menyeluruh mengenai status semasa, cabaran serta pendekatan pelaksanaan projek.
Lawatan teknikal ini amat signifikan dalam memperkukuh penyelarasan antara agensi serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dari aspek pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan projek agar lebih efisien dan berkesan, khususnya dalam memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air yang menyeluruh dapat dinikmati oleh komuniti luar bandar seperti di kawasan sempadan negara.
Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak
Majlis Keselamatan Negara