BENGKEL PENYELARASAN GARIS PANDUAN, VAE DAN PENGURUSAN SISTEM IPMS
Posted on 23 Apr 2026
BENGKEL PENYELARASAN GARIS PANDUAN, VAE DAN PENGURUSAN SISTEM IPMS


Baru-baru ini telah berlangsung “Bengkel Penyelarasan Garis Panduan, VAE – Modul Pembayaran Agensi Pembangunan Wilayah (RDA), Pengisian Data dalam Sistem IPMS serta Status Projek Bermasalah dan Belum Dimulakan” yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU Sarawak).
Bengkel ini diadakan pada 22 hingga 24 April 2026 bertempat di Hotel Fairfield by Marriott Bintulu Paragon, Bintulu, dengan penyertaan agensi-agensi pelaksana bagi tujuan penyelarasan garis panduan serta pemantapan proses pelaksanaan projek pembangunan.
Antara fokus utama bengkel ini termasuk penyediaan Value at Entry (VAE) bagi modul pembayaran RDA, pengemaskinian serta pengisian data dalam Sistem Integrated Project Monitoring System (IPMS), di samping perbincangan mengenai status projek bermasalah dan projek yang belum dimulakan.
Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam).
Turut hadir bersama adalah Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh tadbir urus projek, meningkatkan kecekapan pelaksanaan serta memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dan memberi impak tinggi kepada rakyat.