MAKMAL KEJURUTERAAN NILAI (MAKMAL VE) PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB)
Posted on 23 Apr 2026
MAKMAL KEJURUTERAAN NILAI (MAKMAL VE) PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB)


Baru-baru ini telah berlangsung Sesi Gambar Penutupan Makmal Kejuruteraan Nilai (Makmal VE) bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) melibatkan kawasan Sungai Arip, Bahagian Sibu, serta Ulu Baoh dan Sebakong, Bahagian Mukah.
Makmal VE ini telah diadakan bermula 21 April 2026 sehingga 24 April 2026 bertempat di ParkCity Everly Hotel, Bintulu, melibatkan penyelarasan skop dan cadangan penambahbaikan kejuruteraan nilai bagi pelaksanaan projek.
Skop projek merangkumi pembinaan Loji Rawatan Air (WTP) baharu berkapasiti 10 juta liter sehari (10 MLD) di Selangau termasuk kerja-kerja berkaitan seperti Raw Water Intake (RWI), Booster Pumping Stations (BPS), High Level Tanks (HLT), pemasangan paip serta kerja-kerja berkaitan lain.
Pelaksanaan projek ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2,485 isi rumah di sepanjang jajaran PBH Selangau – Sungai Arip, kawasan Dijih, Ulu Baoh, Sebakong serta kawasan sekitarnya.
Sesi ini menandakan komitmen berterusan JBALB Sarawak dalam memastikan setiap projek dilaksanakan secara optimum, berimpak tinggi serta meluaskan lagi liputan bekalan air kepada rakyat luar bandar.