PENYERTAAN JBALB SARAWAK BERSAMA KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK DALAM PAMERAN PEMBANGUNAN SARAWAK 2026
Posted on 19 Apr 2026
PENYERTAAN JBALB SARAWAK BERSAMA KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK DALAM PAMERAN PEMBANGUNAN SARAWAK 2026


Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak telah dijemput oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama agensi-agensi utiliti iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) untuk menyertai Pameran Pembangunan Sarawak 2026 pada hari ini bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Antara tema konsep pameran pembangunan memberi fokus kepada pencapaian Post Covid-19 Development Strategy
2030 (PCDS 2030) serta Rancangan Malaysia RMK ke-13.
Turut hadir bersama dalam penyertaan pameran tersebut adalah Encik Syed Mohd Fauzi Shahab (Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian MUT), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal JBALB Sarawak), serta warga petugas daripada kementerian dan agensi-agensi berkenaan.
Pada masa yang sama, Kementerian MUT telah menerima kunjungan daripada YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg bersama YB Dato' Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, yang turut berkesempatan untuk berkunjung ke tapak pameran MUT. Turut hadir juga semasa melawat Pameran MUT adalah Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Premier Sarawak.