SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH - AWANG FARDILLAH AWANG HUSSIN
Posted on 17 Apr 2026
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH - AWANG FARDILLAH AWANG HUSSIN

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Awang Fardillah bin Awang Hussin atas segala sumbangan, komitmen dan jasa bakti sepanjang menjalankan amanah sebagai Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Komunikasi Korporat.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memainkan peranan yang amat signifikan dalam memperkukuh komunikasi korporat jabatan, meningkatkan penyampaian maklumat kepada rakyat serta mengangkat imej dan kredibiliti JBALB Sarawak ke tahap yang lebih membanggakan.
Dedikasi, profesionalisme serta kepimpinan yang ditunjukkan bukan sahaja memberi impak besar kepada organisasi, malah turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja JBALB.
Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang dicurahkan akan terus menjadi legasi bermakna, dan didoakan agar beliau terus cemerlang serta sukses dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.
Terima kasih atas segalanya. Jasa tuan amat kami hargai.
Setulus ikhlas daripada
Pengarah JBALB dan seluruh warga kerja JBALB Sarawak