PENGARAH HADIRI MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB) NEGERI SARAWAK
Posted on 14 Apr 2026
PENGARAH HADIRI MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB) NEGERI SARAWAK


Pada pagi tadi, Tuan Pengarah JBALB Sarawak Ts. Ahmad Selihin bin Che Said telah menghadiri satu Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bersama Kerajaan Negeri Sarawak bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Kuching.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YAB Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Malaysia bersempena lawatan kerja rasmi beliau ke Kuching, Sarawak dan telah diberikan taklimat oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengetahui status terkini kemajuan projek dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB adalah Encik Ir. Ts. Robert Heng Wei Kiong (Ketua Penolong Pengarah - Pembangunan Strategik).