SESI BERSAMA SETIAUSAHA TETAP, PIHAK KEMENTERIAN MOHON JBALB PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN
Posted on 07 Apr 2026
SESI BERSAMA SETIAUSAHA TETAP, PIHAK KEMENTERIAN MOHON JBALB PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN


Satu mesyuarat telah diadakan pada pagi tadi daripada YBhg. Datu Jafri bin Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama Pengurusan JBALB Sarawak bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat JBALB Sarawak.
Dalam sesi tersebut, Tuan Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak bersama timbalan-timbalanya telah menyampaikan taklimat berkenaan perkembangan terkini pengoperasian dan penyelenggaraan bekalan air serta fasiliti bekalan air JBALB, status pelaksanaan projek-projek bekalan air, serta isu-isu aduan semasa.
Perbincangan turut meneliti situasi semasa, cabaran teknikal dan langkah penambahbaikan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan bekalan air.
Kerjasama erat antara agensi ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan isu bekalan air ditangani secara proaktif, bersepadu dan berfokuskan kesejahteraan rakyat.