Announcement

 

HARI AIR SEDUNIA 2026, JBALB SARAWAK TEKAD PERTINGKAT PERKHIDMATAN

Posted on 22 Mar 2026
HARI AIR SEDUNIA 2026, JBALB SARAWAK TEKAD PERTINGKAT PERKHIDMATAN

w

JBALB Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Air Sedunia 2026 kepada seluruh rakyat Sarawak.

Sambutan Hari Air Sedunia yang disambut pada 22 Mac setiap tahun merupakan satu platform global yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan sumber air secara lestari.

Tahun ini, sambutan Hari Air Sedunia mengangkat tema “Water and Gender”, yang menekankan kepentingan kesaksamaan gender dalam akses, pengurusan dan manfaat sumber air.

Air bukan sekadar keperluan asas, malah memainkan peranan penting dalam memperkasakan komuniti khususnya wanita dalam kehidupan seharian.

Seiring dengan tema ini, JBALB Sarawak kekal komited untuk memastikan penyediaan bekalan air yang mampan, inklusif dan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi dan latar belakang.

Pelbagai inisiatif terus dipergiatkan termasuk pelaksanaan projek bekalan air luar bandar, penggantian paip lama, serta pembangunan sistem grid bekalan air Sarawak ke arah mencapai liputan bekalan air yang lebih menyeluruh menjelang tahun 2030, selaras dengan aspirasi Post-Covid Development Strategy (PCDS) 2030.

Marilah kita bersama-sama menghargai setiap titisan air dan memainkan peranan dalam memelihara sumber yang amat berharga ini demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

Air untuk semua, tanggungjawab bersama.

#HariAirSedunia2026
#WorldWaterDay2026
#WaterAndGender
#WWD2026
#sayasiair