Announcement

 

ISU BEKALAN AIR DI STUMBIN / TANJUNG BIJAT, JBALB BERI PENERANGAN KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT

Posted on 18 Mar 2026
ISU BEKALAN AIR DI STUMBIN / TANJUNG BIJAT, JBALB BERI PENERANGAN KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT

s
b
b




JBALB Sarawak hari ini telah mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Daerah Lingga bertempat di Pejabat Daerah Lingga bagi memberi penerangan berkenaan isu bekalan air di kawasan Stumbin dan Tanjung Bijat.

Sesi ini diadakan sebagai platform untuk menjelaskan secara terus kepada pemimpin masyarakat mengenai punca gangguan bekalan air yang berlaku.

Sesi penerangan telah disampaikan oleh Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi) JBALB Sarawak bersama Encik Amirul Abidurrahman Jauzi bin Suhaili, Jurutera Air Bahagian Sri Aman, manakala sesi tersebut dipengerusikan oleh Encik Frank anak Lani, Pegawai Daerah Lingga.

Dalam sesi tersebut, pihak JBALB Sarawak turut membentangkan tindakan segera yang telah dan sedang diambil, termasuk kerja-kerja pembaikan paip, penyambungan semula saluran serta pemantauan berterusan bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan sepenuhnya dalam kadar segera.

Selain itu, pelan jangka pendek dan jangka panjang turut dikongsikan, termasuk usaha penambahbaikan sistem agihan serta langkah mitigasi bagi mengelakkan kejadian berulang pada masa hadapan.

JBALB Sarawak amat menghargai kerjasama serta sokongan semua Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat dalam menyampaikan maklumat tepat kepada komuniti setempat. 

Pihak jabatan akan terus komited memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih baik dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.