Announcement

 

PENGARAH JBALB PANTAU PROJEK JULAU, KEMAJUAN DI LAPANGAN AMAT POSITIF

Posted on 05 Mar 2026
PENGARAH JBALB PANTAU PROJEK JULAU, KEMAJUAN DI LAPANGAN AMAT POSITIF

j
j


Yang Berusaha Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Bekalan Air Julau (Pakej 1) bagi meninjau sendiri perkembangan semasa projek tersebut di lapangan.

Lawatan ini diadakan sejurus selepas beliau mengadakan sesi libat urus bersama warga kerja JBALB Bahagian Sarikei, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan jabatan untuk memastikan setiap projek pembangunan bekalan air dilaksanakan dengan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf Loji Rawatan Air Julau sedia ada dengan menambah kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 3.4 Juta Liter Sehari, yang merupakan komponen penting dalam memperkukuh sistem bekalan air di kawasan tersebut.

Berdasarkan pemantauan di tapak, kemajuan projek kini menunjukkan perkembangan yang amat positif dan berada pada landasan yang baik. Pada bulan ini akan diadakan proses 'testing and commissioning' bagi menguji serta menilai sistem bekalan air.

Apabila projek ini siap kelak, ia dijangka meningkatkan kapasiti serta kebolehpercayaan sistem bekalan air, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Julau dan sekitarnya melalui bekalan air yang lebih stabil dan berkualiti.

JBALB Sarawak komited untuk terus memperkukuh infrastruktur bekalan air luar bandar demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri secara berterusan.