SESI LIBAT URUS BERSAMA JBALB SIBU, PENGARAH MAHU SEGALA PERKHIDMATAN DIPERTINGKATKAN
Posted on 05 Mar 2026
SESI LIBAT URUS BERSAMA JBALB SIBU, PENGARAH MAHU SEGALA PERKHIDMATAN DIPERTINGKATKAN


Sesi Libat Urus yang ketujuh bersama JBALB Bahagian Sibu yang berlangsung pada hari ini bertempat di RH Hotel, Sibu sebagai sebuah platform dalam memperkukuh komunikasi dua hala serta menilai tahap penyampaian perkhidmatan di peringkat bahagian.
Sesi yang dipengerusikan oleh Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak menegaskan kepentingan penambahbaikan berterusan dalam aspek operasi, respons aduan pelanggan serta kecekapan penyampaian maklumat kepada masyarakat, khususnya di kawasan yang berdepan cabaran bekalan air.
Beliau turut menggesa seluruh warga kerja JBALB Sibu agar terus memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan profesionalisme dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tindakan yang dilaksanakan.
Taklimat operasi dan perkembangan semasa Bahagian Sibu telah disampaikan oleh Ts. Herda Haziqah binti Sekaria, Jurutera Air JBALB Bahagian Sibu merangkumi status pelaksanaan projek, isu teknikal serta langkah penambahbaikan berterusan.
JBALB Sarawak kekal komited untuk memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, diyakini dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir bersama Tuan Pengarah adalah Tuan Haji Tamida bin Da'adi (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Timbalan Pengarah - Pengurusan), Encik Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal), Encik Zulkipli Talip (KPP - Pengurusan Sumber Manusia), dan Encik Awang Fardillah Awang Hussin (KPP Komunikasi Korporat).