LAWATAN KERJA DI SARIKEI, PENGARAH MOHON JBALB PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN
Posted on 05 Mar 2026
LAWATAN KERJA DI SARIKEI, PENGARAH MOHON JBALB PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN


Yang Berusaha Tuan Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak meneruskan jelajah Sesi Libat Urus yang keenam bersama JBALB Bahagian Sarikei bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei (Integrated Administrative Centre Sarikei) pada hari ini sebagai platform memperkukuh komunikasi dua hala serta menilai tahap penyampaian perkhidmatan di peringkat bahagian.
Pengarah JBALB Sarawak menegaskan kepentingan penambahbaikan berterusan dalam aspek operasi, respons aduan pelanggan serta kecekapan penyampaian maklumat kepada masyarakat, khususnya di kawasan yang berdepan cabaran bekalan air.
Beliau turut menggesa seluruh warga kerja JBALB Sarikei agar terus memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan profesionalisme dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tindakan yang dilaksanakan.
Taklimat operasi dan perkembangan semasa Bahagian Sarikei telah disampaikan oleh Encik Ts. Chieng Ghin Wei, Jurutera Air JBALB Bahagian Sarikei, merangkumi status pelaksanaan projek, isu teknikal serta langkah penambahbaikan berterusan.
JBALB Sarawak kekal komited untuk memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, diyakini dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir bersama Tuan Pengarah adalah Tuan Haji Tamida bin Da'adi (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Timbalan Pengarah - Pengurusan), Encik Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal), Encik Zulkipli Talip (KPP - Pengurusan Sumber Manusia), dan Encik Awang Fardillah Awang Hussin (KPP Komunikasi Korporat).