ADUN MELUAN KUNJUNGI PENGARAH, JBALB BERI TAKLIMAT PERKEMBANGAN PROJEK
Posted on 04 Mar 2026
ADUN MELUAN KUNJUNGI PENGARAH, JBALB BERI TAKLIMAT PERKEMBANGAN PROJEK

YB Dato Rolland Duat Anak Jubin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.48 Meluan petang ini telah mengunjungi Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak bagi mengadakan perbincangan berkenaan perkembangan projek bekalan air di kawasan Julau.
Dalam pertemuan tersebut, pihak JBALB Sarawak telah memberikan taklimat berkaitan status pelaksanaan projek-projek bekalan air yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan penduduk di kawasan Julau terus menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik, stabil dan berkualiti.
Perbincangan ini turut menyentuh komitmen berterusan Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta agensi pelaksana iaitu JBALB Sarawak dalam memperkukuh sistem bekalan air luar bandar demi kesejahteraan rakyat.
JBALB Sarawak amat menghargai sokongan serta keprihatinan wakil rakyat dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan bekalan air dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.