PENGARAH KUNJUNGI JKR SARAWAK, PERBAHARUI JALINAN UNTUK PERTINGKATKAN KERJASAMA
Posted on 02 Mar 2026
PENGARAH KUNJUNGI JKR SARAWAK, PERBAHARUI JALINAN UNTUK PERTINGKATKAN KERJASAMA


Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak petang ini mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berbahagia Datu Adj. Prof. Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Morris di pejabat beliau di Wisma Saberkas Kuching.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperbaharui dan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara JKR Sarawak dan JBALB Sarawak khususnya dalam aspek pelaksanaan projek infrastruktur, penyelarasan teknikal serta sokongan kepakaran kejuruteraan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan serta berkongsi aspirasi ke arah kerjasama yang lebih erat dan berterusan, sejajar dengan komitmen Kerajaan Sarawak untuk memperkasa pembangunan infrastruktur asas dan kesejahteraan rakyat.
JBALB Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Datu menerima kunjungan hormat ini dan berharap hubungan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh pada masa hadapan.
Turut bersama Tuan Pengarah ialah Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal, Pembangunan, Operasi dan Pengurusan JBALB Sarawak