Announcement

 

MAJLIS SUNGKEY ANAK SARAWAK, PENGARAH JBALB TURUT HADIR MEMERIAH SUASANA

Posted on 28 Feb 2026
MAJLIS SUNGKEY ANAK SARAWAK, PENGARAH JBALB TURUT HADIR MEMERIAH SUASANA

s
s


Pengarah JBALB Sarawak, Ts. Ahmad Selihin Che Said turut hadir memeriahkan Majlis Sungkey Anak Sarawak yang berlangsung pada malam ini penuh ukhuwah di Kuala Lumpur Convention Centre.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Lebih 1,000 anak Sarawak yang bermastautin di sekitar Lembah Klang hadir bersama-sama memanfaatkan suasana Ramadan dalam majlis berbuka puasa ini.

Turut diadakan ialah solat Maghrib, solat Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah, sekali gus mengimarahkan lagi bulan penuh keberkatan ini.

Majlis seumpama ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim dalam kalangan anak Sarawak di perantauan, malah menjadi wadah memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan dan kecintaan terhadap negeri tercinta, Sarawak.