SESI LIBAT URUS KELIMA, PENGARAH JBALB MAHU JBALB SAMARAHAN PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN
Posted on 27 Feb 2026
SESI LIBAT URUS KELIMA, PENGARAH JBALB MAHU JBALB SAMARAHAN PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN


Sesi libat urus kelima bersama JBALB Bahagian Samarahan telah diadakan hari ini sebagai platform memperkukuh komunikasi dua hala serta menilai tahap penyampaian perkhidmatan di peringkat bahagian.
Pengarah JBALB Sarawak menegaskan kepentingan penambahbaikan berterusan dalam aspek operasi, respons aduan pelanggan serta kecekapan penyampaian maklumat kepada masyarakat, khususnya di kawasan yang berdepan cabaran bekalan air.
Beliau turut menggesa seluruh warga kerja JBALB Samarahan agar terus memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan profesionalisme dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tindakan yang dilaksanakan.
JBALB Sarawak kekal komited untuk memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, diyakini dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir bersama Tuan Pengarah adalah Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Timbalan Pengarah - Pengurusan), Encik Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal), Encik Zulkipli Talip (KPP - Pengurusan Sumber Manusia), dan Encik Awang Fardillah Awang Hussin (KPP Komunikasi Korporat).