Announcement

 

SESI LIBAT URUS BERSAMA JBALB SERIAN, PENGARAH JBALB MAHU PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN

Posted on 26 Feb 2026
SESI LIBAT URUS BERSAMA JBALB SERIAN, PENGARAH JBALB MAHU PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN

s
s


Siri jelajah keempat sesi libat urus bersama Pengarah JBALB Sarawak bersama JBALB Bahagian Serian telah berlangsung pada 25 Februari 2026 (Rabu) dengan fokus utama memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta mempertingkatkan kecekapan operasi di peringkat bahagian.

Sesi ini dipengerusikan oleh Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak, sebagai wadah perkongsian hala tuju jabatan, mendengar pandangan warga kerja serta meneliti cabaran dan keperluan semasa di lapangan demi memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih berkesan kepada rakyat.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Ts. Dianne Andrew Jo (Timbalan Pengarah Pengurusan), Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah Operasi), dan Tuan Haji Tamida Da’adi (Timbalan Pengarah Pembangunan).

Taklimat operasi dan perkembangan semasa Bahagian Serian telah disampaikan oleh Puan Ts. Jill Jackson Jurutera Air JBALB Bahagian Serian yang baru sahaja dilantik dan Puan Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan, mantan Jurutera Air JBALB Bahagian Serian merangkumi status pelaksanaan projek, isu teknikal serta langkah penambahbaikan berterusan.

Sebelum itu, Tuan Pengarah JBALB telah berkesempatan untuk melawat ke Loji Rawatan Air Slabi Serian dan Mini Command Centre JBALB untuk meninjau perkembangan terkini berkenaan pengoperasian loji rawatan air tersebut. 

JBALB Sarawak kekal komited untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.