PROJEK WILAYAH SERIAN FASA 2, KEMAJUAN PROJEK MENDAHULUI JADUAL
Posted on 25 Feb 2026
PROJEK WILAYAH SERIAN FASA 2, KEMAJUAN PROJEK MENDAHULUI JADUAL


Yang Berusaha Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak petang ini telah mengadakan lawatan tapak ke Projek Wilayah Serian Fasa 2 (Tahap 2) yang kini menunjukkan kemajuan pelaksanaan projek yang amat memberangsangkan dan mendahului jadual.
Projek ini melibatkan pembinaan dan penaiktarafan sistem bekalan air berskala besar termasuk:
1. Pembinaan paip grid utama
2. Pembinaan paip agihan
3. Sistem retikulasi
4. Pembinaan tangki aras tinggi
5. Stesen pam penggalak bagi meningkatkan keupayaan serta kebolehpercayaan bekalan air di kawasan terlibat.
Sehingga 25 Februari 2026, kemajuan fizikal projek telah mencapai 56.38%, mengatasi perancangan asal iaitu 54.13%, hasil pemantauan rapi serta pelaksanaan kerja yang teratur. Projek ini dijangka siap menjelang suku kedua tahun 2027.
Sesi pembentangan projek telah disampaikan oleh Ir. Ts. Qairuniza Roslan, mantan Jurutera Air JBALB Bahagian Serian dan Ts. Jill Jackson, Jurutera Air JBALB Bahagian Serian, bagi memperincikan skop kerja, status semasa serta perancangan seterusnya projek berkenaan.
Turut hadir dalam lawatan dan sesi pembentangan tersebut ialah Tuan Haji Tamida Da’adi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) JBALB Sarawak.
Apabila siap sepenuhnya, projek ini bakal memberi manfaat kepada 900 pintu rumah melibatkan kira-kira lebih kurang 5000 penduduk di 50 buah kampung sekitar Serian, sekaligus menyelesaikan beberapa isu di kawasan terlibat.
JBALB Sarawak kekal komited memastikan pelaksanaan setiap projek pembangunan berjalan mengikut piawaian ditetapkan demi kesejahteraan rakyat.